Pages



Monday, October 26, 2015

Jerebu

Tazkirah Jerebu.

Setiap tahun rantau ini dilanda musim jerebu, minima sekali, mungkin juga dua kali. Setiap musim berlangsung 2 hingga 3 bulan.

Bagi sebahagian orang, musim jerebu ini disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Namun bagi orang yang beriman, mereka menyakini bahawa ia tidak sekadar itu.

Ini kerana tidak ada apa-apa yang berlaku melainkan dengan kehendak Allah.

Atas kehendak Allah, berlakunya cuaca kering dan panas yang menyemarakkan pembakaran.

Atas kehendak Allah, berlakunya tekanan udara rendah dan ketiadaan angin yang memerangkap asap pembakaran itu di rantau ini.

Dan setiap kehendak Allah, ada hikmah dan sebabnya. Perhatikan firman-Nya:

أَوَلَا يَرَوْنَ أَنَّهُمْ يُفْتَنُونَ فِي كُلِّ عَامٍ مَّرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ لَا يَتُوبُونَ وَلَا هُمْ يَذَّكَّرُونَ

Dan tidakkah mereka memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, namun mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran? (al-Taubah 9:126)

Di rantau lain, Allah uji dengan gempa bumi, kemarau panjang dan angin kuat (hurricane). Maka rantau ini, Allah uji dengan musim jerebu.

Moga kita bertaubat dan mengambil pelajaran dari ujian-ujian ini.

--------

Mungkin ada yang berkata, ayat 126 surah al-Taubah di atas ditujukan kepada orang munafiq sahaja.

Dijawab: Andai benar ia hanya terhad bagi orang munafiq, maka ketahuilah bahawa Allah menurunkan azab atau ujian ke atas semua orang meskipun yang bersalah hanyalah sekumpulan.

Ini disebabkan oleh orang-orang di sekitar yang tidak melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar ke atas sekumpulan yang bersalah itu, 26/10/2015.

Sunday, June 7, 2015

ternyata zombie pahlawan Islam

Ternyata Zombie adalah Pahlawan Islam

Apa yang terlintas dalam pikiran Anda jika disebutkan “Zombie”? Jika yang muncul adalah sosok mayat hidup yang berlumuran darah dan mengejar manusia untuk digigit dan dijadikan mayat hidup berikutnya, berarti ghazwul fikri yang dilancarkan Barat telah berhasil 100%.

Barat melahirkan istilah “zombie” untuk menggambarkan mayat hidup yang tidak memiliki pikiran dan bernafsu memangsa manusia normal. Melalui serangkaian cara mulai dari novel, film hingga game, zombie digambarkan sebagai makhluk jahat yang harus dilawan. Ia mayat hidup yang tidak memiliki kebaikan sama sekali.

Namun, benarkah Zombie dalam dunia nyata seperti itu? Ternyata Zombie adalah nama salah seorang pahlawan Islam di Brazil.

Pada abad ke-XVI, tepatnya sekitar tahun 1550 Masehi, Islam mulai masuk ke Brazil. Saat itu, orang-orang Portugis memasukkan budak-budak Afrika ke Brazil sebagai tenaga pekerja di kebun tebu. Mayoritas budak-budak Afrika ini beragama Islam sehingga sejak saat itu ada banyak muslim di Brazil.

Tahun demi tahun, jumlah muslim di Brazil semakin banyak. Selain para pendatang, penduduk asli juga mulai ada yang masuk Islam, menjadi mualaf. Posisi kaum muslimin pun semakin kuat, bukan hanya para pekerja tebu.

Ketika posisi Islam di Brazil menguat, Pasukan Salibis menghabisi mereka. Pasukan Salibis berusaha menghancurkan Islam hingga ke akar-akarnya. Dan mereka menganggap program mereka berhasil. Islam telah dilumatkan.

Di saat seperti itu, pada tahun 1643, tiba-tiba muncul seorang pahlawan Islam. Dengan gagah berani ia mendeklarasikan berdirinya Negara Islam di Brazil setelah sebelumnya bergerak mendakwahkan Islam ke berbagai penjuru Brazil dan mengajak para tokoh dan pimpinan di wilayah itu untuk masuk Islam. Nama pahlawan itu adalah Zombie.

Salibis yang mengira Islam di Brazil telah mati tersentak. Rupanya Islam belum mati. Zombie telah menghidupkan Islam kembali di bumi Brazil. Dan karenanya, pasukan Salibis pun segera menjadikan Zombie sebagai target. Dan rupanya, Zombie tidak hanya dimusuhi di waktu itu. Namanya pun dihancurkan di abad modern ini.

Keterangan foto:
1. ilustrasi
2. foto buku referensi Zombie
مائة من عظماء أمة اﻹسلام غيروا مجرى التاريخ

Friday, June 5, 2015

Hikmah Sakit

PERKONGSIAN HARI INI. HIKMAHNYA SAKIT.

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian malam bermunafa'at.. Ayuh Zikir, fikir, syukur & sabar...

Monday, June 1, 2015

8 jenis makanan...

Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit :
الرمان
delima
الروب
yogurt
الثوم
bawang putih
البصل
bawang besar
الشاي الأخضر
teh hijau
الشوفان
oat
القرع
labu
البروكلي
brokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit :
1) الكلام الكثير .
banyak bercakap
2) النوم الكثير .
banyak tidur
3) الأكل الكثير .
banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan
1) الهم .
dukacita
2) الحزن .
sedih
3) الجوع .
kebulur
4) السهر .
tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى .
taqwa
2) الوفاء .
jujur
3) الكرم .
pemurah
4) المروءة .
jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki
1) قيام الليل .
qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.
byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة
biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخر
berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق
empat perkara menjauhkan rezeki :
1) tidur waktu pagi
2) Sedikit bersolat
3) Malas
** Kalau anda kagum dengan kalimah kalimah ini , jangan kedekut untuk sebarkan kepada kawan kawan mu dan orang yang anda kasihi.

Monday, May 25, 2015

Lupakan kekayaan di Sungai Furat.. ingat Hadis Rasulullah SAW

Jangan Ambil Harta Di Sungai Furat, Lupakan Kekayaan Itu!       Namanya Sungai Eufrat atau Furat. Turut dikenali dengan nama lain iaitu Euphrates dan al-Furat yang bermaksud 'air paling segar'. Sungai Furat antara sungai terpanjang di Asia Barat. Ia merentasi tiga buah negara iaitu Iraq, Syria dan Turki.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya, sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Maka ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata: "Mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu".

Dalam riwayat lain pula disebutkan: "Sudah dekat suatu masa dimana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir disitu janganlah ia mengambil sesuatupun daripada harta itu". - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis itu jelas menerangkan bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar ini akan surut apabila tiba waktunya. Ketika itu akan tersingkaplah harta karun yang tersembunyi di dalamnya.

Begitu besar nilainya apabila diibaratkan bagai gunung emas hingga manusia sanggup berbunuhan untuk merebut kekayaan itu.

Sudah keringkah sungai ini?

Airnya masih mengalir tapi yang pasti, paras airnya semakin berkurangan hari demi hari.

Benarkah ada harta karun didalamnya?

Itu juga belum pasti. Namun, dua batang anak sungai yang mengalir ke Sungai Furat sudah kering. Dan penduduk tempatan menemui kepingan syiling dan perhiasan emas dari dasar anak sungai yang telah surut itu.

Malah, para pengkaji Barat juga sentiasa cuba mencari kebenaran apakah Sungai Furat menyimpan harta tersembunyi seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.

Justeru, tidak hairanlah jika pencerobohan Barat keatas Iraq turut dikaitkan sebagai salah satu agenda mereka yang mahu merebut kekayaan yang tersembunyi dalam Sungai Furat.

Apa yang pasti, ingatan Rasulullah terhadap apa yang bakal berlaku ke atas Sungai Furat tidak mustahil akan terjadi tidak lama lagi.

Ketika ini, sudah dapat dilihat peperangan berlaku dimana-mana sahaja terutama di kalangan mereka yang tamak. Manusia akan bertelingkah hingga berbunuhan demi berebut kekayaan dari sungai ini.

Seperti yang dikatakan, keringnya Sungai Furat dan timbulnya kekayaan itu suatu petanda bahawa kiamat bakal menjelma tidak lama lagi.

Allah berfirman: "Sesungguhnya kiamat itu pasti datang, yang Aku sembunyikan masa kedatangannya supaya setiap dari kamu dibalas dengan apa yang telah kamu lakukan". - Surah Taha, Ayat: 15.

Ingatlah pesan Rasulullah agar menjauhkan diri darinya.

P/S-https://www.facebook.com/pages/Penggemarcopypaste/1598626547043704
boleh terus ke page ini dimana feednya akan bersamaan dengan page penmerah ini, bezanya contentnya terus dishare tanpa perlu klik ke site

Monday, April 20, 2015

Kelebihan Pisang...

Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.
Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia, mereka menjadikan pisang sebagai gaya diet seharian mereka.. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
1. Tekanan: Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
2. Premenstrual Syndrome (PMS): Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
3. Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
4. Tekanan Darah Tinggi: Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
5. Kuasa Minda: Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
6. Penghadaman: Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
7. Keletihan: Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
8. Panas Jantung: Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
9. Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

10. Gigitan Nyamuk: Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
11. Saraf: Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
12. Obesiti dan Tekanan Kerja: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
13. Ulser: Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
14. Kawalan Suhu: Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
15. Seasonal Affective Disorder (SAD): Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
16. Ketagihan Rokok dan Tembakau: Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
17. Stres: Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
18. Strok: Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
19. Lain-Lain Penyakit Kulit: Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
P/s: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!

13 tanda kiamat yang sudah berlaku

Tanda-tanda Kiamat kecil terbahagi kepada dua: Pertama, kejadian sudah muncul dan sudah selesai, seperti diutusnya Rasulullah saw., Terbunuhnya Uthman bin ‘Affan, terjadinya fitnah besar antara dua kelompok orang beriman. kedua, kejadiannya sudah muncul tetapi belum selesai bahkan semakin bertambah, seperti tersia-siakannya amanah, terangkatnya ilmu, merebaknya perzinaan dan pembunuhan, banyaknya wanita.

Diantara tanda-tanda kiamat kecil adalah:
1. Diutusnya Rasulullah saw. Dari Jabir ra berkata: “Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda: “(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian”, beliau melanjutkan: “Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini” Rasulullah saw mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)
2. Disia-siakannya amanah. Dari Jabir ra. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata: Bila terjadi Kiamat? »Rasulullah saw. terus melanjutkan percakapannya. Sebahagian sahabat berkata: »Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya «. Berkata sebahagian yang lain: »Rasul saw. tidak mendengar “. Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya: “Mana yang bertanya tentang Kiamat?” Berkata lelaki Badui itu: “Saya wahai Rasulullah saw. “. Rasul saw. berkata: “Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat”. Bertanya: “Bagaimana menyia-nyiakannya?”. Rasul saw. menjawab: “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat” (HR Bukhari)
3. Penggembala menjadi kaya, Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda qiyamat, lalu beliau menjawab: “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang dan miskin penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan” (HR Muslim).
4. Sungai Efrat berubah menjadi emas. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat hingga sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebut tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata: “Barangkali akulah yang selamat” (Muttafaqun ‘alaihi)
5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam. “Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), Pembukaan Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi , sampai 80 mata, dan setiap mata 12.000 “(HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).
6. Banyak terjadi pembunuhan. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tiadak akan terjadi qiamat, sehingga banyak terjadi haraj». Sahabat bertanya apa itu haraj ya Rasulullah? »Rasul saw. menjawab: »Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan» (HR Muslim)
7. Munculnya golongan Khawarij. Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: “akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai ditenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya kan mendapat pahala di hari kiamat “(HR Bukhari).
8. Banyak Polis dan pembela kezaliman. “Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di malam hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi rakan mereka “(HR At-Tabrani)
9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pokok-pokok kayu. Dan berkatalah batu dan pohon: “wahai muslim wahai hamba Allah ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia kecuali pohon Ghorqod kerana ia adalah pokok Yahudi” (HR Muslim)
10. Dominannya Fitnah. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. Bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat, hingga dominannya fitnah, banyak dusta dan berdekatannya pasaran» (HR Ahmad).
11. Sekurang-kurangnya ilmunya, Merebaknya perzinahan, Banyaknya kaum wanita. Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya di antara tanda-tanda qiamat ialah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khomr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki” (HR Bukhari)
12. Bermewah-mewah dalam membangun masjid. Dari Anas ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Di antara tanda kiamat adalah bahawa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid” (HR Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)
13. Menyebarnya riba dan harta haram. Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu masa, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya» (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu saat di mana, seseorang tidak peduli dari mana hartanya diperolehi, apakah dari yang halal atau yang haram? “(HR Ahmad dan Bukhari).