Pages



Monday, October 26, 2015

Jerebu

Tazkirah Jerebu.

Setiap tahun rantau ini dilanda musim jerebu, minima sekali, mungkin juga dua kali. Setiap musim berlangsung 2 hingga 3 bulan.

Bagi sebahagian orang, musim jerebu ini disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Namun bagi orang yang beriman, mereka menyakini bahawa ia tidak sekadar itu.

Ini kerana tidak ada apa-apa yang berlaku melainkan dengan kehendak Allah.

Atas kehendak Allah, berlakunya cuaca kering dan panas yang menyemarakkan pembakaran.

Atas kehendak Allah, berlakunya tekanan udara rendah dan ketiadaan angin yang memerangkap asap pembakaran itu di rantau ini.

Dan setiap kehendak Allah, ada hikmah dan sebabnya. Perhatikan firman-Nya:

أَوَلَا يَرَوْنَ أَنَّهُمْ يُفْتَنُونَ فِي كُلِّ عَامٍ مَّرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ لَا يَتُوبُونَ وَلَا هُمْ يَذَّكَّرُونَ

Dan tidakkah mereka memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, namun mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran? (al-Taubah 9:126)

Di rantau lain, Allah uji dengan gempa bumi, kemarau panjang dan angin kuat (hurricane). Maka rantau ini, Allah uji dengan musim jerebu.

Moga kita bertaubat dan mengambil pelajaran dari ujian-ujian ini.

--------

Mungkin ada yang berkata, ayat 126 surah al-Taubah di atas ditujukan kepada orang munafiq sahaja.

Dijawab: Andai benar ia hanya terhad bagi orang munafiq, maka ketahuilah bahawa Allah menurunkan azab atau ujian ke atas semua orang meskipun yang bersalah hanyalah sekumpulan.

Ini disebabkan oleh orang-orang di sekitar yang tidak melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar ke atas sekumpulan yang bersalah itu, 26/10/2015.