Pages



Friday, May 31, 2013

31/05/13 - genap 3 tahun pencerobohan terhadap Mavi Marmara


Genap 3 tahun yang lalu saat ini kapal Mavi Marmara di serang oleh komando Israel. 

Pada waktu subuh 31 Mei 2010, kapal Mavi Marmara diserang tentera Israel dalam misi bantuan ke Gaza. Kapal yang telah menghantar 600 sukarelawan kemanusian ini menghantar mesej yg jelas kpd dunia bahawa Gaza sedang menderita akibat kezaliman rejim Israel.

Ada 12 orang rakyat Malaysia yang berada di atas kapal ketika melaksanakan misi LL4G (Lifeline for Gaza) yang dipimpin oleh sahabat saya Tn Hj Noorazman deari Haluan Palestin. Dua orang dari anggota misi adalah Ust Hasanuddin Mohd Yunus (mantan Pengerusi Aqsa Syarif) dan Ir Dr Selamat Aliman (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif dan Felo kanan PACE). Haluan Palestin, Muslim Care, Yayasan Amal, Aqsa Syarif bersama dalam Crisis Management Team dan mengikuti perkembangan flotilla. Flotilla yang disertai oleh 600 aktivis seluruh dunia termasuk hampir 200 dari Benua Eropah (masyarakat bukan Islam) diserang pada 31 Mei 2010....

Ya Allah, hancurkan Israel.. musnahkanlah mereka..


Jom sahabat2, jangan lupa qunut nazilah setiap solat 5 waktu kita...


Wednesday, May 22, 2013

Kisah Seekor Kucing....Renungan buat semua

Kisah Seekor Kucing.....

KENAPA KUCING ITU MENCURI DAGING ???
Ada suatu ketika seorang cendekiawan terkenal yang bernama Malik Bin Dinar sedang menyediakan makanan di rumahnya..

Entah bagaimana,seekor kucing datang dan mencuri sepotong daging di atas meja..

Malik mengekorinya dengan senyap-senyap..

"Ke mana dia hendak membawa daging itu.?" bisik Hati Malik..

Kucing itu terus berlari membawa daging itu dengan mulutnya..

Malik tetap mengekorinya..

Dia melihat kucing itu pergi ke sesuatu tempat .

Di situ terdapat lubang kecil di celah batu-batu itu.

Kucing itu segera menghampiri lubang itu dan mengeluarkan daging dari mulutnya itu..

Tiba - tiba Malik melihat seekor ular keluar daripada lubang itu lalu mengambil daging itu lalu memakannya..

Malik mengamati ular itu dan didapati ular itu buta .

Rupa-rupanya kucing itu membawa daging untuk ular buta yang sedang kelaparan didalam lubang...

MashaAllah.....Hebat kan Allah tetapkan rezeki untuk setiap makhluk-Nya ?

Mahasuci-Mu Allah ... Engkau Maha Hebat ya Allah .....

Subhanallah .. jadi janganlah kita kedekut bersedekah kepada makhluk-makhluk-Nya Allah yang lain ...

Subhanallah .. Alhamdulillah .. Allahuakbar ...



Sunday, May 19, 2013

Alhamdulillah.. tambah seorang lagi saudara baru kita...

Calvin Khoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dsb.

Alhamdulillah... Calvin Khoo telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi..

Saudara kita yang berketurunan cina kini menjadi sah menjadi seorang muslim..

Selamat kembali ke fitrah asalmu wahai saudara kami..



Kredit gambar dan info : Amin Idris Official Fan Page

Assalamualaikum wbt...

Selamat datang kembali ke Blog Jalinan Ukhuwah....

Setelah sekian lama menyepi semenjak laman web kami sudah di tamatkan.. Kini kami muncul di satu lagi medium sosial untuk tatapan semua....

Di harap anda semua berpuas hati dengan segala isi kandungan di blog ini...

Sebarang cadangan untuk penambahbaikkan blog ini sila berhubung dengan admin blog ini di laman facebook seperti di bawah...

admin : https://www.facebook.com/kelabjalinanukhuwah