Pages



Saturday, June 1, 2013

Hukum lelaki memakai inai di jari



Di dalam kemeriahan meraikan pasangan
pengantin, ramai di antara kita yang tidak
mengambil inisiatif mempelajari hukum hakam
agama (fiqh) mengenai perkara-perkara yang
akan dilakukannya sehingga tidak menyedari
sesetengah perkara yang dilakukan itu adalah
haram dari sudut agama.

Contoh perkara-
perkara yang dilarang syarak adalah seperti
bersanding di hadapan bukan muhrim, berhias-
hias melampau batasan (tabarruj ) serta
berlebih-lebihan di dalam menyediakan
makanan pada majlis walimah.
Jumhur ulama' menyatakan haram bagi lelaki
memakai inai atau mewarnakan jari atau
tangan kerana ia adalah khusus bagi para
wanita sahaja.

Dikatakan Imam Ahmad berkata tidak
dibenarkan untuk inai di bahagian kepala lelaki
dan perempuan.

Imam Syafi'e pula tidak
membenarkan lelaki memakai inai pada tangan
dan kaki kerana menyerupai perempuan
kecuali jika untuk tujuan perubatan atau
darurat.

Imam Nawawi pula di dalam fatwa al-
Majmu' berpendapat lelaki diharamkan inai
pada tangan dan kaki kecuali pada rambut.

Manakala mazhab Hanafi dan Maliki pula
mengharamkan inai kepada lelaki dan
perempuan kerana ia adalah sama seperti
wangian berdasarkan hadith:

Diriwayatkan
daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya
bahawa Rasulullah SAW memberitahu kepada
Umm Salamah, jangan sebarang wangian ketika
kamu berada dlm ihram. Juga pada henna
kerana ia juga adalah wangian.

[Diriwayatkan
oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi
dalam Al-Ma ، ﺍrifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam
At-tamheed]

antara berpendapat pandangan yang lebih kuat
di dalam permasalahan ini adalah pendapat
lelaki tidak boleh memakai inai di tangan dan
kaki kerana ia dikhususkan oleh wanita
sebagaimana hadith Nabi SAW:


ﺕﺄﻣﻭﺃ ﺓﺃﺮﻣﺍ ﻦﻣ ﺀﺍﺭﻭ ﺳﺘﺮٍ ﺎﻫﺪﻴﺑ ﻛﺘﺎﺏٌ ﻰﻟﺇ ﻝﻮﺳﺭ ﻪﻠﻟﺍ ﻰﻠﺻ-
ﻪﻠﻟﺍ ﻪﻴﻠﻋ -ﻢﻠﺳﻭ ، ﺾﺒﻘﻓ ﻲﺒﻨﻟﺍ ﻰﻠﺻ- ﻪﻠﻟﺍ ﻪﻴﻠﻋ -ﻢﻠﺳﻭ ﻩﺪﻳ ،
:ﻝﺎﻗﻭ ﺎﻣ ﻱﺭﺩﺃ ، ﺪﻳﺃ ﻞﺟﺭ ، ﻡﺃ ﺪﻳ ﺍﻣﺮﺃﺓ؟ :ﺖﻟﺎﻗ ﻞﺑ ﺪﻳ ﺓﺃﺮﻣﺍ ،
:ﻝﺎﻗ ﻮﻟ ﺖﻨﻛ ﺓﺃﺮﻣﺍ ﻟﻐﻴّﺮﺕ «ﻙﺭﺎﻔﻇﺃ - :ﻲﻨﻌﻳ ﺀﺎﻨﺤﻟﺎﺑ

Dari A'isyah r.a., berkata: “Seorang wanita
menghulurkan tangan dari balik tabir, sedang
di tangan wanita itu ada sebuah kertas bertulis
– kepada Rasulullah SAW. Lalu Nabi SAW
mengepalkan tangan beliau dan bersabda: “Aku
tidak tahu tangan seorang lelakikah (di balik
tabir itu) atau tangan seorang perempuan?”
Wanita itu menjawab: “Tangan seorang
perempuan.

” Rasulullah SAW bersabda:
“Andaikan kamu perempuan, tentu kamu ubah
warna kukumu (maksudnya dengan memakai
inai).””
(Riwayat Abu Dawud dan An-Nasa'i.)

ustaz azhar idrus juga mengharamkan pemakaian inai untuk lelaki.