Pages



Friday, March 7, 2014

Siapa sahabat-sahabat kita...

TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM AL-GHAZALI

Kawan yang pertama ◆Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia,dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita. ◆Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi. →

Kawan kedua ◆Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. ◆Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT. →

Kawan yang ketiga ◆Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita bagi. ◆Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. ◆Dan takut-takut kita terikut cara dan tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.