Pages



Tuesday, December 24, 2013

Ikan selamatkan diri??


Subhanallah! Ikan Kecil-kecil menyelamatkan diri ke pesisir pantai Tambisan, Lahad Datu, Sabah.

Kejadian ini berlaku di tepi pantai Tambisan pada pagi 24/12/2013 .. Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan Tambisan makan ikan yang kecil-kecil seperti dalam video ini akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri daripada mangsa buruan ikan-ikan besar.

Nota Kaki : Bagi kita yang jarang melihat kejadian pelik seperti ini pastinya akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Usah kita berperasangka .. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ... Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan.

Thursday, August 15, 2013

Gathering Aidilfitri KJU

GATHERING UKHUWAH AIDILFITRI ~Aidilfitri Di Desa~

 




“Jamuan Raya Style POT LUCK”

TARIKH : 25 Ogos 2013

TEMPAT : Rumah Mak Cu (Kerling, Kuala Kubu Bharu)

MASA : 10.00 PAGI – 5.00 PETANG

TEMA : Baju Raya

Semua Sahabat2 Kelab Jalinan Ukhuwah, sahabat2 Nasyid FM, DJ2 IKIM.fm , DJ2 nasyid FM dan rakan2 penasyid di jemput hadir disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara kita yang jauh dan yang dekat...

TENTATIF PROGRAM :

8.30 pagi : bertolak dari kediaman masing-masing sama ada dengan kenderaan sendiri atau kenderaan awam.

10.00 pagi : Tiba di rumah Mak Cu.

10.30 pagi : Sesi ta’aruf

11.00 pagi : Jamuan raya

2.00 ptg : Aktiviti bebas

5.00 – 6.00 ptg : Bersurai

Nota :

1. Sesiapa yang ingin bermalam di rumah Mak Cu, sila bagitahu pada Abi Yahaya secepat mungkin...

2. bagi yang menggunakan kenderaan awam, anda semua boleh ke Kerling dengan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan turun di Stesen Kuala Kubu Bharu. Sebaik saja sampai hubungi Abi Yahaya untuk urusan pengankutan ke rumah Mak Cu....

3. Jika ada yang tak mahu menggunakan kenderaan awam, boleh kongsi kenderaan dengan sahabat2 lain yang ingin ke sana nanti...

Saturday, June 1, 2013

Hukum lelaki memakai inai di jari



Di dalam kemeriahan meraikan pasangan
pengantin, ramai di antara kita yang tidak
mengambil inisiatif mempelajari hukum hakam
agama (fiqh) mengenai perkara-perkara yang
akan dilakukannya sehingga tidak menyedari
sesetengah perkara yang dilakukan itu adalah
haram dari sudut agama.

Contoh perkara-
perkara yang dilarang syarak adalah seperti
bersanding di hadapan bukan muhrim, berhias-
hias melampau batasan (tabarruj ) serta
berlebih-lebihan di dalam menyediakan
makanan pada majlis walimah.
Jumhur ulama' menyatakan haram bagi lelaki
memakai inai atau mewarnakan jari atau
tangan kerana ia adalah khusus bagi para
wanita sahaja.

Dikatakan Imam Ahmad berkata tidak
dibenarkan untuk inai di bahagian kepala lelaki
dan perempuan.

Imam Syafi'e pula tidak
membenarkan lelaki memakai inai pada tangan
dan kaki kerana menyerupai perempuan
kecuali jika untuk tujuan perubatan atau
darurat.

Imam Nawawi pula di dalam fatwa al-
Majmu' berpendapat lelaki diharamkan inai
pada tangan dan kaki kecuali pada rambut.

Manakala mazhab Hanafi dan Maliki pula
mengharamkan inai kepada lelaki dan
perempuan kerana ia adalah sama seperti
wangian berdasarkan hadith:

Diriwayatkan
daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya
bahawa Rasulullah SAW memberitahu kepada
Umm Salamah, jangan sebarang wangian ketika
kamu berada dlm ihram. Juga pada henna
kerana ia juga adalah wangian.

[Diriwayatkan
oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi
dalam Al-Ma ، ﺍrifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam
At-tamheed]

antara berpendapat pandangan yang lebih kuat
di dalam permasalahan ini adalah pendapat
lelaki tidak boleh memakai inai di tangan dan
kaki kerana ia dikhususkan oleh wanita
sebagaimana hadith Nabi SAW:


ﺕﺄﻣﻭﺃ ﺓﺃﺮﻣﺍ ﻦﻣ ﺀﺍﺭﻭ ﺳﺘﺮٍ ﺎﻫﺪﻴﺑ ﻛﺘﺎﺏٌ ﻰﻟﺇ ﻝﻮﺳﺭ ﻪﻠﻟﺍ ﻰﻠﺻ-
ﻪﻠﻟﺍ ﻪﻴﻠﻋ -ﻢﻠﺳﻭ ، ﺾﺒﻘﻓ ﻲﺒﻨﻟﺍ ﻰﻠﺻ- ﻪﻠﻟﺍ ﻪﻴﻠﻋ -ﻢﻠﺳﻭ ﻩﺪﻳ ،
:ﻝﺎﻗﻭ ﺎﻣ ﻱﺭﺩﺃ ، ﺪﻳﺃ ﻞﺟﺭ ، ﻡﺃ ﺪﻳ ﺍﻣﺮﺃﺓ؟ :ﺖﻟﺎﻗ ﻞﺑ ﺪﻳ ﺓﺃﺮﻣﺍ ،
:ﻝﺎﻗ ﻮﻟ ﺖﻨﻛ ﺓﺃﺮﻣﺍ ﻟﻐﻴّﺮﺕ «ﻙﺭﺎﻔﻇﺃ - :ﻲﻨﻌﻳ ﺀﺎﻨﺤﻟﺎﺑ

Dari A'isyah r.a., berkata: “Seorang wanita
menghulurkan tangan dari balik tabir, sedang
di tangan wanita itu ada sebuah kertas bertulis
– kepada Rasulullah SAW. Lalu Nabi SAW
mengepalkan tangan beliau dan bersabda: “Aku
tidak tahu tangan seorang lelakikah (di balik
tabir itu) atau tangan seorang perempuan?”
Wanita itu menjawab: “Tangan seorang
perempuan.

” Rasulullah SAW bersabda:
“Andaikan kamu perempuan, tentu kamu ubah
warna kukumu (maksudnya dengan memakai
inai).””
(Riwayat Abu Dawud dan An-Nasa'i.)

ustaz azhar idrus juga mengharamkan pemakaian inai untuk lelaki.

Friday, May 31, 2013

31/05/13 - genap 3 tahun pencerobohan terhadap Mavi Marmara


Genap 3 tahun yang lalu saat ini kapal Mavi Marmara di serang oleh komando Israel. 

Pada waktu subuh 31 Mei 2010, kapal Mavi Marmara diserang tentera Israel dalam misi bantuan ke Gaza. Kapal yang telah menghantar 600 sukarelawan kemanusian ini menghantar mesej yg jelas kpd dunia bahawa Gaza sedang menderita akibat kezaliman rejim Israel.

Ada 12 orang rakyat Malaysia yang berada di atas kapal ketika melaksanakan misi LL4G (Lifeline for Gaza) yang dipimpin oleh sahabat saya Tn Hj Noorazman deari Haluan Palestin. Dua orang dari anggota misi adalah Ust Hasanuddin Mohd Yunus (mantan Pengerusi Aqsa Syarif) dan Ir Dr Selamat Aliman (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif dan Felo kanan PACE). Haluan Palestin, Muslim Care, Yayasan Amal, Aqsa Syarif bersama dalam Crisis Management Team dan mengikuti perkembangan flotilla. Flotilla yang disertai oleh 600 aktivis seluruh dunia termasuk hampir 200 dari Benua Eropah (masyarakat bukan Islam) diserang pada 31 Mei 2010....

Ya Allah, hancurkan Israel.. musnahkanlah mereka..


Jom sahabat2, jangan lupa qunut nazilah setiap solat 5 waktu kita...


Wednesday, May 22, 2013

Kisah Seekor Kucing....Renungan buat semua

Kisah Seekor Kucing.....

KENAPA KUCING ITU MENCURI DAGING ???
Ada suatu ketika seorang cendekiawan terkenal yang bernama Malik Bin Dinar sedang menyediakan makanan di rumahnya..

Entah bagaimana,seekor kucing datang dan mencuri sepotong daging di atas meja..

Malik mengekorinya dengan senyap-senyap..

"Ke mana dia hendak membawa daging itu.?" bisik Hati Malik..

Kucing itu terus berlari membawa daging itu dengan mulutnya..

Malik tetap mengekorinya..

Dia melihat kucing itu pergi ke sesuatu tempat .

Di situ terdapat lubang kecil di celah batu-batu itu.

Kucing itu segera menghampiri lubang itu dan mengeluarkan daging dari mulutnya itu..

Tiba - tiba Malik melihat seekor ular keluar daripada lubang itu lalu mengambil daging itu lalu memakannya..

Malik mengamati ular itu dan didapati ular itu buta .

Rupa-rupanya kucing itu membawa daging untuk ular buta yang sedang kelaparan didalam lubang...

MashaAllah.....Hebat kan Allah tetapkan rezeki untuk setiap makhluk-Nya ?

Mahasuci-Mu Allah ... Engkau Maha Hebat ya Allah .....

Subhanallah .. jadi janganlah kita kedekut bersedekah kepada makhluk-makhluk-Nya Allah yang lain ...

Subhanallah .. Alhamdulillah .. Allahuakbar ...



Sunday, May 19, 2013

Alhamdulillah.. tambah seorang lagi saudara baru kita...

Calvin Khoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dsb.

Alhamdulillah... Calvin Khoo telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi..

Saudara kita yang berketurunan cina kini menjadi sah menjadi seorang muslim..

Selamat kembali ke fitrah asalmu wahai saudara kami..



Kredit gambar dan info : Amin Idris Official Fan Page

Assalamualaikum wbt...

Selamat datang kembali ke Blog Jalinan Ukhuwah....

Setelah sekian lama menyepi semenjak laman web kami sudah di tamatkan.. Kini kami muncul di satu lagi medium sosial untuk tatapan semua....

Di harap anda semua berpuas hati dengan segala isi kandungan di blog ini...

Sebarang cadangan untuk penambahbaikkan blog ini sila berhubung dengan admin blog ini di laman facebook seperti di bawah...

admin : https://www.facebook.com/kelabjalinanukhuwah